Liverpool F.C.
PENGENALAN
Liverpool F.C. (biasanya dipanggil sebagai Liverpool sahaja) adalah
sebuah kelab bola sepak profesional di bandaraya Liverpool, daerah Merseyside di wilayah Barat
Laut di England. Liverpool beraksi secara berterusan di dalam Liga
Perdana Inggeris sejak Liga tersebut bermula dalam
tahun 1992. Walaupun demikian, Liverpool belum pernah menjuarai Liga
Perdana Inggeris, dan hanya mendapat tempat sebagai
naib juara semasa di bawah pimpinan Gerard
Houllier dalam tahun 2003. Walaupun belum
menjuarai Liga
Perdana Inggeris, Liverpool masih mengekalkan
kedudukan sebagai pasukan paling berjaya beraksi di peringkat teratas Liga
Inggeris, dengan 18 kali menjadi juara Liga Divisyen Satu Inggeris (Liga ini kini dikenali sebagai Liga
Perdana Inggeris), 7 kali menjuarai Piala
F.A. England, dan 5 kali menjuarai Liga Juara-Juara Eropah dan 3 kali menjadi pemenang Piala
UEFA. Liverpool juga menjadi ahli Kumpulan
G-14 terdiri daripada kelab-kelab bola
sepak paling unggul di Eropah.
2. SEJARAH KELAB LIVERPOOL
Penubuhan Liverpool F.C.
Liverpool F.C. ditubuhkan pada 15 Mac, 1892 oleh John Houlding, pemilik Anfield. John Houlding menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri selepas bertelingkah dengan Everton F.C. yang sebelum itu
menyewa padang Anfield. Dalam tahun 1891 John Houlding membeli tanah bersebelahan Anfield dan mencadangkan menaikkan sewaan
daripada £100 kepada £250 setahun. Ahli-ahli kelab Everton membantah berpindah
ke Goodison
Park. Pasukan ditubuhkan oleh John Houlding pada asalnya hendak didaftarkan atas nama Everton, tetapi ditolak
oleh Persatuan Bolasepak England. John
McKenna dilantik menjadi Pengarah mengambil
13 orang pemain profesional dari Scotland untuk menyertai
Liverpool. John Houlding memilih nama
Liverpool untuk kelabnya. Pada tahun 1894, Liverpool dipilih
untuk menyertai liga bola sepak.
Kemasukan ke Liga Inggeris
Permohonan Liverpool menyertai Liga Bola Sepak Inggeris pada mulanya
ditolak. Liverpool menyertai Liga Lancashire, dan dalam permainan pertama mengalahkan Higher Walton 8-0 di Anfield. Gol pertama
Liverpool dalam perlawanan kompetitif disumbat Malcolm
McVean. Dalam musim pertama Liga Lancashire, Liverpool muncul juara. Liverpool juga mengalahkan Everton 1-0 dalam
perlawanan akhir Liverpool Senior Cup, pertama
kali kedua pasukan bertemu dalam perlawanan “Derby”. Selepas kejayaah dalam
liga Lancashire, Liverpool dilantik menyertai Liga Bola Sepak Inggeris Divisyen 2.
Malcolm
McVean menjaring gol pertama perlawanan Liga
bila Liverpool mengalahkan Middlesbrough Ironopolis. Liverpool mengakhiri musim
pertama mereka dengan rekod tanpa kalah dan menjuarai Divisyen 2 Liga Inggeris.
Dalam perlawanan ujian menentang Newton Heath (kemudiannya menjadi Manchester
United), Liverpool menang 2-0 dan dinaikkan
untuk menyertai ke Divisyen 1 Liga Bola Sepak Inggeris.
Dalam tahun 1896, Liverpool menukar jersi mereka daripada biru dan putih kepada jersi merah
dan putih. Dalam tahun 1901, Liverpool
memenangi kejuaraan pertama Liga, dan mengulangi pencapaian itu dalam tahun
1906. Liverpool pertama kali bertanding dalam perlawanan akhir Piala
F.A. dalam tahun 1914 tetapi tewas 1-0
kepada pasukan Burnley. Dalam tahun 1922 dan 1923, Liverpool menang
kejuaraan Liga Inggeris dua tahun berturut-turut. Tetapi selepas itu, Liverpool
ketandusan kejayaan sehinggalah menjadi juara semula dalam tahun 1947.
Zaman Gemilang Di Bawah Pengurusan Bill Shankly
Bill Shankly seorang
Legenda di Liverpool FC
Bill
Shankly menjadi pengurus Liverpool bulan Disember 1959. Dalam tempoh 15 tahun, Bill
Shankly menjadikan Liverpool antara pasukan
paling ternama di Eropah. Tindakan pertama Bill
Shankly selepas mengambil alih jawatan
pengurus adalah untuk membuang 24 orang pemain. Bill
Shankly membeli Ian
St. John dan Ron
Yeats dari Scotland dan mendapatkan Roger
Hunt, Ian
Callaghan dan Gerry
Byrne. Dalam musim ketiga pengurusannya, Bill
Shankly memenangi kejuaraan Divisyen Kedua Liga Inggeris dan dinaikkan ke Divisyen Satu Liga Inggeris. Tahun 1964 menyaksikan Liverpool menjulang kejuaraan Divisyen Satu Liga Inggeris buat kali pertama dalam masa 17 tahun. Bill
Shankly menukar jersi Liverpool daripada
merah dan putih kepada warna merah seluruhnya, dan warna ini kekal digunakan
hingga ke hari ini. Di musim berikutnya, Liverpool pertama kali memenangi Piala
F.A. mengalahkan Leeds
United 2-1. Liverpool juga pertama kali
beraksi di benua Eropah, tetapi dikalahkan Inter
Milan di peringkat separuh akhir.
Dalam tahun 1966 Liverpool tewas pertandingan Piala Pemenang-Pemenang
Eropah (European Cup Winners Cup, (kini Piala UEFA) kepada Borussia
Dortmund. Bill
Shankly memperkuatkan skuadnya. Beliau
membeli Emlyn
Hughes, Ray
Clemence dan Kevin
Keegan dalam tahun 1971. Tahun 1973 membawa kejayaan
besar bagi Liverpool dan Bill
Shankly. Liverpool menang kejuaraan Liga buat
kali kelapan, dan mencapai kejayaan pertama di Eropah memenangi Piala
UEFA setelah mengalahkan Borussia Moenchengladbach. Pada tahun 1974, Liverpool menjadi
juara Piala
F.A.. Bill
Shankly mengumumkan perletakan jawatan
sebagai pengurus Liverpool selepas 15 tahun menerajui Liverpool. Bill
Shankly mencalonkan Bob
Paisley sebagai penggantinya.
Tradisi Boot Room
Masa Bill
Shankly menerajui Liverpool beliau
menggunakan kumpulan dipanggil Kumpulan “Boot Room”. Kumpulan ini berbincang di
dalam bilik menyimpan but dan pakaian pemain. Bilik ini terletak di bawah Main
stand di Anfield. Kumpulan ini membincangkan prestasi pemain, kaedah
latihan, taktik permainan dan membuat penilaian mengenai pasukan lawan untuk
permainan berikutnya. Keahlian kumpulan ini menyeluruh, daripada jurulatih
sehinggalah kepada pengintip yang membuat tinjauan pasukan lawan. Kumpulan boot
room termasuk Bob
Paisley, Ronnie
Moran, Joe
Fagan, Reuben
Bennett dan Roy
Evans. Geoff
Twentyman menjadi pencari bakat, dan membawa
pemain seperti Alan Kennedy ke Anfield. Geoff
Twentyman menyamar ketika melihat pemain-pemain
yang sedang dinilai, supaya tiada siapa yang tahu bahawa Liverpool berminat
dengan pemain tersebut..
Bill
Shankly dan pasukan Boot Room menjadikan
pusat latihan di Melwood menjadi moden dan
lengkap. Permainan 5 sebelah diperkenalkan untuk memupuk falsafah permainan
Liverpool - Pass and move, keep it simple. Pemain akan lapor diri di Anfield dan pergi ke Melwood dengan bas, dan
selepas berlatih akan pulang ke Anfield. Pemain-pemain
makan bersama, dan makanan dikawal. Pemain-pemain akan dipastikan mengadakan
latihan "warm down' dengan betul untuk menghindarkan kecederaan. Kejayaan
rutin yang diperkenalkan dapat dilihat dengan nyata apabila Liverpool menjadi
juara dalam tahun 1966 dengan hanya menggunakan 14 orang pemain. Ahli-ahli
kumpulan boot room sering dipilih sebagai pengurus Liverpool – Bob
Paisley, Joe
Fagan, Ronnie
Moran, Roy
Evans semuanya anggota penting kumpulan
Boot room.
Bob
Paisley Menyambung Tradisi
Bob
Paisley Anggota Kumpulan Boot Room
Seterusnya Menjadi Pengurus Paling Berjaya Liverpool. Setelah Bill
Shankly bersara, jawatan Pengurus Liverpool
diamanahkan kepada Bob
Paisley. Selama sembilan musim di mana beliau
menjadi Pengurus, Liverpool memenangi 21 buah Piala termasuk 3 kejuaraan Piala
Eropah (kini Piala Juara-Juara), 1 Piala UEFA, 6 kejuaraan Liga Inggeris dan
tiga kejuaraan Piala Liga (kini dipanggil Piala
Worthington). Bob Paisley juga membawa masuk
pemain-pemain lagenda Liverpool seperti Graeme
Souness, Ian
Rush, Alan
Hansen dan Kenny
Dalglish.
Dalam tahun 1977, Liverpool buat pertama kali memenangi Piala
Eropah mengalahkan Borussia Moenchengladbach 3-1 dalam masa tambahan. Permainan tersebut adalah kali terakhir Kevin
Keegan beraksi untuk Liverpool sebelum
perpindahannya ke SV
Hamburg. Liverpool berjaya mempertahankan
kejuaraan Piala
Eropah dalam tahun 1978 apabila mengalahkan FC
Bruges1-0.
Tahun 1979 merupakan kemuncak kerjaya Bob
Paisley sebagai pengurus Liverpool. Bukan
sahaja Liverpool menjuarai Liga Divisyen Satu Inggeris, tetapi pasukan itu menang dengan mengumpul 68 mata dan dengan hanya 16
gol dibolos pihak lawan dalam 42 perlawanan. Untuk musim 1980, Liverpool muncul
sekali lagi sebagai juara Liga. Pada tahun 1981, Bob Paisley
berjaya membawa pulang Piala
Eropah buat kali ketiga baginya dengan
kemenangan 1-0 mengatasi Real Madrid C.F. Tetapi disebalik kejayaannya, Paisley tidak pernah memenangi Piala
F.A. dan Piala
Liga. Liverpool menang Piala
Liga pada tahun tersebut, hasil jaringan
gol oleh Alan
Hansen
Joe
Fagan, jurulatih veteran Liverpool dan ahli
Kumpulan boot room menggantikan Bob
Paisley sebagai pengurus dalam tahun 1983.
Musim pertama beliau sebagai Pengurus menyaksikan Liverpool memenangi 3
kejuaraan utama – kejuaraan Liga Divisyen Satu Inggeris, Piala
Liga dan Piala
Eropah. Di musim kedua, Liverpool sekali
lagi berjaya ke pertandingan Akhir Piala Eropah. Perlawanan di Stadium
Heysel menyaksikan tragedi dimana 39 orang
penyokong Juventus terbunuh akibat runtuhan tembok penahan yang tumbang
disebabkan rempuhan penonton, dan dikatakan berpunca daripada rusuhan oleh
penyokong Liverpool. Pasukan Liverpool dengan berat hati meneruskan perlawanan
yang ditunda akibat kemelut rusuhan, tetapi tewas 1-0 di tangan Juventus. Liverpool
seterusnya digantung daripada menyertai pertandingan di anjuran UEFA selama 6
musim. Joe Fagan meletak jawatan selepas insiden ini
Kenny
Dalglish Juga Berjaya sebagai Pengurus Di
Liverpool. Dalam tahun 1985, Kenny
Dalglish dilantik menjadi Pengurus Liverpool.
Ketika itu beliau masih aktif sebagai pemain kesebelasan utama. Dalam musim
pertama beliau, Liverpool mengalahkan musuh ketat Everton 3 -1 dalam perlawanan akhir Piala F.A. dan muncul juara Liga. Musim
berikutnya, Kenny
Dalglish hampir berjaya mengulangi kejayaan
musim pertamanya apabila sekali lagi mengalahkan Everton dalam perlawanan akhir Piala
F.A. Tetapi kejayaan Piala F.A. dihantui
oleh Tragedi
Hillsborough. Liverpool juga akan muncul juara
Liga sekiranya seri dengan Arsenal dalam perlawanan akhir Liga di Anfield. Harapan penyokong
Liverpool hancur apabila Michael
Thomas menjaringkan gol Arsenal dalam minit-minit terakhir perlawanan. Liverpool dan Arsenal mempunyai bilangan mata dan perbezaan gol sama banyak, tetapi Arsenal ditabalkan menjadi juara kerana menjaringkan lebih banyak gol. Michael
Thomas kemudiannya berpindah ke Liverpool.
Pada 22 Februari 1991, selepas separuh musim dijalankan, Kenny
Dalglish mengumumkan hendak meletakkan jawatan
pengurus Liverpool dengan alasan tidak lagi berupaya menanggung tekanan sebagai
pengurus. Beliau digantikan sementara oleh Ronnie
Moran dan beberapa minggu kemudian, Graeme
Souness dipilih sebagai pengurus.
Memorial Memperingati 96 Penyokong Liverpool Yang
Terkorban Di Hillsborough. Tragedi
Hillsborough ini merupakan satu tamparan hebat
kepada Liverpool. Tragedi ini berlaku semasa perlawanan separuh akhir Piala
F.A. tahun 1986. Beratus-ratus
penyokong Liverpool terhimpit disebabkan oleh luruan penonton yang melarikan
diri daripada kebakaran di salah satu teres tempat duduk penonton di Stadium Hillsborough. 94 orang penyokong Liverpool mati pada hari kejadian, sementara seorang
lagi maut 4 hari kemudian. Mangsa ke –96 mati selepas berada 4 tahun di dalam
koma. Laporn Taylor yang disiapkan selepas siasatan oleh Suruhanjaya
Tayor mengenalpasti kesesakan berlebihan
penonton dan kegagalan kawalan polis sebagai punca tragedi. Kini, satu memorial
telah dibina di Anfield untuk memperingati
96 penyokong tersebut. Mereka juga diabadikan dengan dua nyalaan api kekal di
dalam logo rasmi kelab Liverpool. Memorial Hillsborough terletak bersebelahan Shankly
Gates di Anfield. Majlis memperingati mereka diadakan setiap tahun.
Liverpool akan meminta menangguhkan perlawanan sekiranya tarikh perlawanan
bercanggah dengan tarikh memperingati kumpulan 96 Hillsborough
Graeme Souness - Bermulanya Kemelesetan Liverpool
Kajian akan menunjukkan bahawa kemelesetan Liverpool bermula apabila Graeme
Souness dilantik menjadi Pengurus. Walaupun
beliau berjaya memenangi satu kejuaraan Piala F.A., pengurusan beliau dianggap
sebagai zaman meleset dan mulanya kejatuhan Liverpool sebagai pasukan yang
menguasai bola sepak Inggeris, dan digantikan oleh Manchester United di bawah pimpinan Alex Ferguson. musim 1991/92 dan
92/93, Liverpool hanya menduduki tangga ke-6 sebanyak 2 kali dalam Liga Perdana
dan tidak memberikan cabaran langsung kepada pasukan-pesukan yang mencabar
untuk kejauraan tersebut.Musim 1993/94 menyaksikan Liverpool terus merosot
dengan kemuncaknya Graeme
Souness terpaksa meletakkan jawatan apabila
Liverpool ditewaskan oleh Bristol
City dalam pusingan awal Piala FA.Pada
musim 1991/92 LIverpool menjuarai piala F.A. setelah mengalahkan pasukan
Sunderland 2-0 hasil jaringan Thomass dan Rush.itulah sahaja sumbangan bermakna
Souness untuk Liverpool.
Penganalisis mengatakan bahawa Graeme
Souness telah mengenepikan ataupun melepaskan
pemain-pemain utama dan membawa masuk pemain-pemain yang kurang menyerlah.
Antara pemain yang dilepaskan oleh Graeme
Souness adalah Steve
McMahon yang dijual kepada Manchester
City apda usia 30 tahun, walaupun beliau
boleh terus menyumbang untuk 2 atau 3 tahun lagi. Malangnya, Graeme
Souness tidak mencari pemain ganti yang sama
kaliber dengan Steve
McMahon, dan kesannya, keupayaan pasukan
secara keseluruhannya terjejas.
Penggunaan taktik yang tidak mantap, kesilapan mengendalikan perpindahan
masuk pemain dan pengurusan manusia yang kurang baik membawa kesan negatif
kepada Liverpool dan meluncurkan kemelesetan pasukan yang pernah menjadi
pasukan agung di Eropah. Desas-desus
mengenai pertelegahan di dalam bilik persalinan begitu banyak sekali, sehingga Ian
Rush menyatakan kepada penemuramah Sky
Sports bahawa "cawan teh
berterbangan" tidak menjadi perkara baru. Greame
Souness menuduh pemain- pemain senior tidak
bersemangat dan memberikan peluang kepada pemain-pemain muda seperti Steve
McManaman.
Roy
Evans dilantik menggantikan Greame
Souness pada pertengahan musim 1993/94 dan
sekadar mampu meletakkan Liverpool di tempat ke-8. Tetapi Roy
Evans tidak dapat mencapai kejayaan yang
diharapkan. Walaupun kedudukan liga diperbaiki, Liverpool hanya mendapat tidak
dapat mencapai kedudukan lebih tinggi daripada tempat ketiga dalam tempoh 5
tahun di bawah pengurusannya.apa yang pasti Liverpool tetap di belakang
Manchester United. Roy Evans menggunakan sisten 5-3-2 yang agak defensif.
Kejayaan tunggal Roy
Evans adalah dengan memenangi Piala Liga
dalam tahun 1995 mengalahkan Bolton
Wanderers. Semasa beliau menjadi pengurus,
Liverpool tewas 1-0 kepada Manchester United dalam perlawanan akhir Piala F.A. pada musim 1995/96.walaupun mempunyai
penyerang hebat seperti Ian Rush,Robbie Fowler,Stan Collymore mahupun Michael
Owen serta dibantu oleh midfield yang berbakat seperti Steve McManaman,Jamie
Redknapp ataupun John Barnes namun sistem pertahanan Evans adalah goyah dan
tidak konsisten.seringlali keputusan perlawanan berakhir mengecewakan.
Gerard
Houllier dilantik menjadi pengurus bersama
dalam tahun 1998-1989, tetapi perkongsian tersebut gagal. Roy
Evans akhirnya melepaskan jawatan Pengurus
Liverpool separuh jalan musim tersebut.
Tahun 2001 merupakan musim paling berjaya buat Liverpool sejak peninggalan Kenny
Dalglish. Pemain-pemain muda seperti Michael Owen, Robbie
Fowler dan Steven Gerrard digandingkan dengan
pemain berpengalaman seperti Sami Hyypia dan Liverpool
mengakhiri musim tersebut di tempat kedua, dan melaykkan diri untuk
pertandingan Liga Juara-Juara. Liverpool juga berjaya memenangi tiga kejuaraan
tahun tersebut, iaitu kejuaraan Piala Liga, Piala F.A. dan Piala UEFA.
Liverpool juga menang Community Shield and European Super Cup. Liverpool menag
lagi Piala Liga dalam tahun 2003, tetapi Liverpool tidak dapat bersaing dengan
juara Liga. Pada tahun itu, Liverpool ketinggalan 30 mata berbanding Arsenal,
juara Liga tahun tersebut. Desakan penonton yang semakin resah memaksa
Gerard Houllier melepaskan jawatan pengurus.
Gerard Houllier melepaskan jawatan pengurus.
Gerard
Houllier disalahkan kerana membelanjakan wang yang
banyak membeli pemain-pemain yang tidak dapat beraksi dengan baik di Liga
Perdana. Antaranya adalah pembelian Salif Diao dan El-Hadji Diouf, Bruno
Cheyrou. Gerard
Houllier berjaya membeli Djibril
Cisse dari Auxerre tetapi tidak dapat bekerjas bersama Djibril
Cisse kerana beliau meletak jawatan sebelum
Djibril
Cisse melaporkan diri di Liverpool. Liverpool
sebenarnya masih gagal mencapai matlamat asal iaitu merajai Liga Inggeris.
Rafael Benítez mengambil alih jawatan pengurus Liverpool, tetapi dalam tahun pertama
beliau menjadi pengurus, Liverpool hanya berupaya menduduki tempat kelima.
Liverpool tewas dalam pertandingan akhir Piala
Liga apabila ditewaskan oleh Chelsea F.C. Jika tidak kerana
gol sendiri Steven Gerrard Liverpool sepatutnya telah menjuarai Piala Liga kali
ke 8 yang mana sebelumnya mendahului 1-0 sehingga minit ke-80.liverpool juga
terkeluar daripada pertandingan Piala F.A. apabila tewas kepada Burnley hasil jaringan gol sendiri oleh Djimi
Traore. Hanya kemaraan dalam Liga Juara
Eropah memberikan semangat kepada penyokong Liverpool.
Tetapi musim berakhir dengan gemilang untuk Liverpool apabila memenangi
pertandingan akhir Piala
Eropah walaupun Liverpool ketinggalan 3-0
dalam perlawanan menentang A.C. Milan. Liverpool
menunjukkan permainan yang hambar semasa sepruh masa pertama dan Kaka bermain baik untuk A.C. Milan. Rafael Benítez melakukan pertukaran dengan memasukkan Dietmar
Hamann dalam separuh masa kedua, dan
kejayaan Dietmar
Hamann mengekang pergerakan Kaka membolehkan
Liverpool melawan balik dan menjaringkan 3 gol, menjadikan kedudukan 3-3.
perlawan berakhir dengan sepakan penalti, dan Jerzy Dudek menjadi wira
apabila berjaya menahan sepak penalti Andriy Shevchenko A.C. Milan. Rafael Benítez mengenalpasti ketiadaan konsistensi sebagai punca Liverpool tidak dapat
menyaingi Chelsea F.C., Manchester United dan Arsenal. Tambahan pula liverpool mengakhiri musim satu tangga di bawah Everton
F.C. yang menduduki tempat keempat. Dalam tahun 2005-06, Liverpool mengumpul 82
mata, jumlah mata paling tinggi dikumpul oleh Liverpool sejak permulaan Liga
Perdana. Liverpool juga menang Piala F.A. selepas menewaskan West Ham juga dengan sepakan penalti.
Tahun 2006-07 menyaksikan Liverpool kembali berjaya ke peringkat akhir Liga
Juara-Juara Eropah dan sekali lagi menentang AC Milan yang berjaya ke pusingan
akhir setelah membenam Manchester United dengan argregat 5-3. AC Milan dijangka
akan cuba untuk membalas dendam kekalahan mereka 2 tahun lalu, yang menyaksi
Liverpool memenangi Piala Eropah di malam perlawanan paling hebat di dalam
sejarah Piala Eropah. Final Piala Juara Juara Eropah yang berlangsung di Athen
itu dimenangi oleh pasukan A.C milan dengan jaringan 2-1. Kedua dua gol Ac
Milan dijaringkan oleh Fillipo Inzaghi dan Dirk Kuyt menjaringkan satu gol
untuk Liverpool
Stadium Anfield
Stadium Anfield, Stadium Keramat Penyokong-penyokong Liverpool.
Dibina tahun 1884 dan asalnya digunakan Everton F.C. tetapi dikosongkan
oleh kelab itu kerana bertelingkah kadar sewaan. Kapasiti penonton Anfield
ketika ini adalah 45,362. Anfield dikategorikan sebagai stadium 4 bintang oleh UEFA.
The Kop
Dalam tahun 1906, teres bertingkat untuk penonton dibina dan diberikan nama
Spion Kop, mengambil sempena bukit di Natal, Afrika Selatan, yang menjadi medan pertempuran Perang
Boer Kedua. Di pertempuran itu, lebih 300 orang
anggota Tentera British daripada Rejimen
Lancashire gugur, kebanyakannya berasal dari
Liverpool. Pada kemuncaknya, The Kop pernah menempatkan 28,000 orang
penonton. Selepas Tragedi
Hillsborough, peraturan baru mensyaratkan The
Kop ditukar menjadi teres tempat duduk. Kapasiti penonton sekarang adalah
12,409.
Main Stand
Dibina semula dalam tahun 1973 dan boleh menempatkan 12,277 orang penonton.
Centenary Stand
Dikenali sebagai Kemlyn Road Stand. Dibina semula sebagai sambutan
ulangtahun 100 tahun Liverpool F.C. kapasiti penonton adalah 11,762 orang.
Anfield Road Stand
Dibina semula tahun 1998, dan kini boleh memuatkan 9,074 penonton.
Penyokong-penyokong pasukan lawan ditempatkan di sini.
Pembinaan Stadium Baru
Pada 30 Julai 2004, Majlis Bandaraya Liverpool memberikan kebenaran
perancangan untuk pembinaan sebuah stadium baru di Stanley Park, berhampiran Anfield. Walaupun kerajaan Britain dan juga North
West Development Authority telah mencadangkan supaya Liverpool F.C,
berkongsi padang dengan Everton F.C., cadangan itu tidak
diterima oleh Lembaga Pengarah Liverpool, Walaupun Everton F.C. sanggup berkongsi
padang. Pada akhir bulan Januari 2005, cadangan berkongsi padang terkubur
selama-lamanya.
Walaupun Liverpool merancang untuk memulakan kerja-kerja pembinaan dalam
tahun 2005 supaya stadium baru dapat digunakan dalam tahun 2007, Liverpool
menghadapi masalah mendapatkan pembiayaan untuk pembinaan. Liverpool kini
mencari pelabur untuk membiayai pembinaan stadium baru itu, yang dianggarkan
akan melibatkan kos £160 juta. Kegagalan Liverpool menjanakan pembiayaan
dalaman ataupun untuk mendapatkan pembiayaan luar menyebabkan beberapa pihak
menggesakan Rick
Parry, Ketua Eksekutif Liverpool untuk
meletakkan jawatan.
Jika stadium baru ini dibina, Anfield sedia ada akan
dirobohkan dan akan dibangunkan semula dengan pembangunan bercampur mengandungi
apartmen, café, pub, restoran dan sebuah hotel.
Melwood adalah pusat latihan untuk pemain-pemain Liverpool dan tiada kaitan
dengan The
Academy, yang terletak di Kirkby. Melwood terletak di kawasan West Derby dan sudah digunakan sebagai pusat latihan
Liverpool sejak tahun 1950-an lagi.
Padang pusat latihan ini dahulunya milik sekolah St.
Francis Xavier, sebuah sekolah tempatan. Dua orang
guru sekolah tersebut, Father Melling dan Father Woodlock menghabiskan masa
luang mereka mengajar budak-budak bermain bola. Untuk memperingati mereka, nama
Melwood diberikan dengan menggabungkan nama mereka berdua.
Pada tahun 1959, Melwood di dalam keadaan
tidak terjaga. Bill
Shankly menukarkan tempat tersebut menjadi
satu pusat latihan yang moden dan tiada tandingannya. Dalam tahun 2001,
Liverpool membangunkan Millennium Pavilion, satu kemudahan moden untuk kegunaan
pemain dan jurulatih. satu kawasan tertutup disediakan untuk penonton jemputan.
Kebiasaannya laihan bermula jam 9.00 pagi dan melibatkan sesi pagi dan sesi
petang.
Warna yang digunakan untuk Kelab Liverpool adalah warna Merah. Jersi
Liverpool adalah serba merah, hasil legasi yang ditinggalkan oleh Bill Shankly.
Warna asal jersi Liverpool adalah warna biru dan putih. Dalam tahun 1901, warna
ini ditukar kepada merah dan putih.
Pilihan warna merah dan putih kekal sehingga tahun 1964, bila mana Bill
Shankly menukarkannya kepada warna serba merah. Beliau mengatakan jersi warna
merah menggerunkan pihak lawan. (dari kisah Ron
Yeats) [5] Pertama kali jersi
serba merah digunakan, Liverpool menewaskan Anderlecht 3-0.
Untuk tahun 2006, warna jersi Liverpool kekal warna serba merah tetapi
dengan sedikit piping warna putih. Warna jersi kedua untuk
permainan-permainan Piala Eropah adalah warna putih dengan warna hijau di
bahagian bahu sebelah kanan.
Kejayaan Kelab Liverpool
Lencana Khas Diberikan UEFA Kepada Liverpool
Kejuaraan Liga sebanyak 18 kali oleh Liverpool adalah satu rekod
untuk kelab-kelab bola sepak Inggeris. Hanya musuh ketat Manchester United paling hampir dengan kejayaan ini, dengan 15 kejuaraan. Liverpool juga
mencapai kejayaan "Double" dalam tahun 1986 dengan memenangi
kejuaraan Liga dan juga and Piala F.A. dan 2 kali kejayaan "Trebles",
kali pertama dalam tahun 1984 apabila Liverpool memenang sebagai Juara Liga, Piala
Liga dan Piala
Eropah dan kali kedua dalam tahun 2001
apabila Liverpool berjaya memenangi Piala
F.A., Piala
Liga dan juga Piala
UEFA. Dalam tahun yang sama Liverpool juga
menang Piala Sumbangsih (Charity Shield) dan European Super Cup, menjadikan 5
kejuaraan dalam satu tahun.
Kejuaraan 5 kali Liga
Juara-Juara UEFA adalah satu rekod untuk kelab
Inggeris, dan Hanya Real Madrid dan AC Milan sahaja yang
memenangi lebih banyak kejauraan Liga Juara-Juara UEFA dariapda Liverpool.
Kejayaan Liverpool menang Piala Liga Juara-Juara UEFA kali ke-5 membolehkan Liverpool menyimpan terus piala tersebut. Piala itu
kini dipamerkan di Muzium Liverpool F.C. di Anfield. Liverpool juga diberikan anugerah lencana khas oleh UEFA sebagai tanda
hormat kepada Liverpool kerana menjuarai Piala Eropah. Lencana ini hanya
diberikan kepada tiga kelab sahaja, iaitu Real Madrid dan AC Milan, selain
Liverpool. lencana itu akan dipakai di lengan baju dan tidak akan ditanggalkan,
selagi mana Liverpool wujud.
- Liga Inggeris Divisyen Pertama/Liga Premier F.A. [18 kali]
- 1900-01, 1905-06, 1921-22, 1922-23, 1946-47, 1963-64, 1965-66, 1972-73, 1975-76, 1976-77, 1978-79, 1979-80, 1981-82, 1982-83, 1983-84, 1985-86, 1987-88, 1989-90,
- Football League Second Division/Football League Championship [4 kali]
- 1893-94, 1895-96, 1904-05, 1961-62
- Liga Lancashire] [1 kali]
- 1892-93
- Liga Juara-Juara UEFA [5 kali]
- 1976-77 3-1 vs. Borussia Mönchengladbach
- 1977-78 1-0 vs. Club Brugge
- 1980-81 1-0 vs. Real Madrid CF
- 1983-84 1-1 (4-2 sepak penalti) vs. AS Roma
- 2004-05 3-3 (3-2 sepak penalti) vs. AC Milan (Malam Keramat di Istanbul)
- Piala UEFA [3 kali]
- 1972-73, 1975-76, 2000-01
- Super Cup UEFA [3 kali]
- 1977, 2001, 2005
- Piala F.A. [7 kali]
- 1964-65, 1973-74, 1985-86, 1988-89, 1991-92, 2000-01, 2005-06
- Piala Liga [8 kali]
- 1980-81, 1981-82, 1982-83, 1983-84, 1994-95, 2000-01, 2002-03.2011/2012
- Piala Sumbangsih/Piala Komuniti [14 kali]
- 1964¹, 1965¹, 1966, 1974, 1976, 1977¹, 1979, 1980, 1982, 1986¹, 1988, 1989, 1990¹, 2001, 2006
- Super Cup [1 kali]
- 1986
- BBC Sports Personality of the Year Team Award [3 kali]
- 1977, 1986, 2001
- Reserves Division One/FA Premier Reserves League North Champions [16 kali]
- 1956-57, 1968-69, 1969-70, 1970-71, 1972-73, 1973-74, 1974-75, 1975-76, 1976-77, 1978-79, 1980-81, 1981-82, 1983-84, 1984-85, 1989-90, 1999-2000
- Piala Remaja F.A. [2 kali]
- 1995-96, 2005-06
==========================================================================
Jadwal EPL Liga Inggris 2012-2013
Arsenal
v Sunderland
Everton v Manchester United Fulham v Norwich City Manchester City v Southampton Newcastle United v Tottenham Hotspur Queens Park Rangers v Swansea City Reading v Stoke City West Bromwich Albion v Liverpool West Ham United v Aston Villa Wigan Athletic v Chelsea
Aston
Villa v Everton
Chelsea v Newcastle United Liverpool v Manchester City Manchester United v Fulham Norwich City v Queens Park Rangers Southampton v Wigan Athletic Stoke City v Arsenal Sunderland v Reading Swansea City v West Ham United Tottenham Hotspur v West Bromwich Albion
Chelsea
v Reading
Liverpool v Arsenal Manchester City v Queens Park Rangers Newcastle United v Aston Villa Southampton v Manchester United Swansea City v Sunderland Tottenham Hotspur v Norwich City West Bromwich Albion v Everton West Ham United v Fulham Wigan Athletic v Stoke City |
Arsenal
v Southampton
Aston Villa v Swansea City Everton v Newcastle United Fulham v West Bromwich Albion Manchester United v Wigan Athletic Norwich City v West Ham United Queens Park Rangers v Chelsea Reading v Tottenham Hotspur Stoke City v Manchester City Sunderland v Liverpool
Chelsea
v Stoke City
Liverpool v Manchester United Manchester City v Arsenal Newcastle United v Norwich City Southampton v Aston Villa Swansea City v Everton Tottenham Hotspur v Queens Park Rangers West Bromwich Albion v Reading West Ham United v Sunderland Wigan Athletic v Fulham
Arsenal
v Chelsea
Aston Villa v West Bromwich Albion Everton v Southampton Fulham v Manchester City Manchester United v Tottenham Hotspur Norwich City v Liverpool Queens Park Rangers v West Ham United Reading v Newcastle United Stoke City v Swansea City Sunderland v Wigan Athletic |
||||
Chelsea
v Norwich City
Liverpool v Stoke City Manchester City v Sunderland Newcastle United v Manchester United Southampton v Fulham Swansea City v Reading Tottenham Hotspur v Aston Villa West Bromwich Albion v Queens Park Rangers West Ham United v Arsenal Wigan Athletic v Everton
Fulham
v Aston Villa
Liverpool v Reading Manchester United v Stoke City Norwich City v Arsenal Queens Park Rangers v Everton Sunderland v Newcastle United Swansea City v Wigan Athletic Tottenham Hotspur v Chelsea West Bromwich Albion v Manchester City West Ham United v Southampton
Arsenal
v Queens Park Rangers
Aston Villa v Norwich City Chelsea v Manchester United Everton v Liverpool Manchester City v Swansea City Newcastle United v West Bromwich Albion Reading v Fulham Southampton v Tottenham Hotspur Stoke City v Sunderland Wigan Athletic v West Ham United |
Fulham
v Everton
Liverpool v Newcastle United Manchester United v Arsenal Norwich City v Stoke City Queens Park Rangers v Reading Sunderland v Aston Villa Swansea City v Chelsea Tottenham Hotspur v Wigan Athletic West Bromwich Albion v Southampton West Ham United v Manchester City
Arsenal
v Fulham
Aston Villa v Manchester United Chelsea v Liverpool Everton v Sunderland Manchester City v Tottenham Hotspur Newcastle United v West Ham United Reading v Norwich City Southampton v Swansea City Stoke City v Queens Park Rangers Wigan Athletic v West Bromwich Albion
Arsenal
v Tottenham Hotspur
Fulham v Sunderland Liverpool v Wigan Athletic Manchester City v Aston Villa Newcastle United v Swansea City Norwich City v Manchester United Queens Park Rangers v Southampton Reading v Everton West Bromwich Albion v Chelsea West Ham United v Stoke City |
||||
Aston
Villa v Arsenal
Chelsea v Manchester City Everton v Norwich City Manchester United v Queens Park Rangers Southampton v Newcastle United Stoke City v Fulham Sunderland v West Bromwich Albion Swansea City v Liverpool Tottenham Hotspur v West Ham United Wigan Athletic v Reading
Aston
Villa v Reading
Manchester United v West Ham United Southampton v Norwich City Stoke City v Newcastle United Sunderland v Queens Park Rangers Swansea City v West Bromwich Albion Tottenham Hotspur v Liverpool Wigan Athletic v Manchester City
Chelsea
v Fulham
Everton v Arsenal
Arsenal
v Swansea City
Fulham v Tottenham Hotspur Liverpool v Southampton Manchester City v Everton Newcastle United v Wigan Athletic Norwich City v Sunderland Queens Park Rangers v Aston Villa Reading v Manchester United West Bromwich Albion v Stoke City West Ham United v Chelsea |
Arsenal
v West Bromwich Albion
Aston Villa v Stoke City Everton v Tottenham Hotspur Fulham v Newcastle United Manchester City v Manchester United Southampton v Reading Sunderland v Chelsea Swansea City v Norwich City West Ham United v Liverpool Wigan Athletic v Queens Park Rangers
Chelsea
v Southampton
Liverpool v Aston Villa Manchester United v Sunderland Newcastle United v Manchester City Norwich City v Wigan Athletic Queens Park Rangers v Fulham Reading v Arsenal Stoke City v Everton Tottenham Hotspur v Swansea City West Bromwich Albion v West Ham United
Chelsea
v Aston Villa
Liverpool v Fulham Manchester City v Reading Newcastle United v Queens Park Rangers Southampton v Sunderland Swansea City v Manchester United Tottenham Hotspur v Stoke City West Bromwich Albion v Norwich City West Ham United v Everton Wigan Athletic v Arsenal |
||||
Arsenal
v West Ham United
Aston Villa v Tottenham Hotspur Everton v Wigan Athletic Fulham v Southampton Manchester United v Newcastle United Norwich City v Chelsea Queens Park Rangers v West Bromwich Albion Reading v Swansea City Stoke City v Liverpool Sunderland v Manchester City
Arsenal
v Newcastle United
Aston Villa v Wigan Athletic Everton v Chelsea Fulham v Swansea City Manchester United v West Bromwich Albion Norwich City v Manchester City Queens Park Rangers v Liverpool Reading v West Ham United Stoke City v Southampton Sunderland v Tottenham Hotspur
Chelsea
v Queens Park Rangers
Liverpool v Sunderland Manchester City v Stoke City Newcastle United v Everton Southampton v Arsenal Swansea City v Aston Villa Tottenham Hotspur v Reading West Bromwich Albion v Fulham West Ham United v Norwich City Wigan Athletic v Manchester United |
Arsenal
v Manchester City
Aston Villa v Southampton Everton v Swansea City Fulham v Wigan Athletic Manchester United v Liverpool Norwich City v Newcastle United Queens Park Rangers v Tottenham Hotspur Reading v West Bromwich Albion Stoke City v Chelsea Sunderland v West Ham United
Chelsea
v Arsenal
Liverpool v Norwich City Manchester City v Fulham Newcastle United v Reading Southampton v Everton Swansea City v Stoke City Tottenham Hotspur v Manchester United West Bromwich Albion v Aston Villa West Ham United v Queens Park Rangers Wigan Athletic v Sunderland
Arsenal v Liverpool
Aston Villa v Newcastle United Manchester United v Southampton Norwich City v Tottenham Hotspur Queens Park Rangers v Manchester City Reading v Chelsea Stoke City v Wigan Athletic Sunderland v Swansea City
Everton
v West Bromwich Albion
Fulham v West Ham United |
||||
Arsenal
v Stoke City
Everton v Aston Villa Fulham v Manchester United Manchester City v Liverpool Newcastle United v Chelsea Queens Park Rangers v Norwich City Reading v Sunderland West Bromwich Albion v Tottenham Hotspur West Ham United v Swansea City Wigan Athletic v Southampton
Aston
Villa v West Ham United
Chelsea v Wigan Athletic Liverpool v West Bromwich Albion Manchester United v Everton Norwich City v Fulham Southampton v Manchester City Stoke City v Reading Sunderland v Arsenal Swansea City v Queens Park Rangers Tottenham Hotspur v Newcastle United
Arsenal
v Aston Villa
Fulham v Stoke City Liverpool v Swansea City Manchester City v Chelsea Newcastle United v Southampton Norwich City v Everton Queens Park Rangers v Manchester United Reading v Wigan Athletic West Bromwich Albion v Sunderland West Ham United v Tottenham Hotspur |
Aston
Villa v Manchester City
Chelsea v West Bromwich Albion Everton v Reading Manchester United v Norwich City Southampton v Queens Park Rangers Stoke City v West Ham United Sunderland v Fulham Swansea City v Newcastle United Tottenham Hotspur v Arsenal Wigan Athletic v Liverpool
Arsenal
v Everton
Fulham v Chelsea Liverpool v Tottenham Hotspur Manchester City v Wigan Athletic Newcastle United v Stoke City Norwich City v Southampton Queens Park Rangers v Sunderland Reading v Aston Villa West Bromwich Albion v Swansea City West Ham United v Manchester United
Aston
Villa v Queens Park Rangers
Chelsea v West Ham United Everton v Manchester City Manchester United v Reading Southampton v Liverpool Stoke City v West Bromwich Albion Sunderland v Norwich City Swansea City v Arsenal Tottenham Hotspur v Fulham Wigan Athletic v Newcastle United |
||||
Arsenal
v Reading
Aston Villa v Liverpool Everton v Stoke City Fulham v Queens Park Rangers Manchester City v Newcastle United Southampton v Chelsea Sunderland v Manchester United Swansea City v Tottenham Hotspur West Ham United v West Bromwich Albion Wigan Athletic v Norwich City
Chelsea
v Sunderland
Liverpool v West Ham United Manchester United v Manchester City Newcastle United v Fulham Norwich City v Swansea City Queens Park Rangers v Wigan Athletic Reading v Southampton Stoke City v Aston Villa Tottenham Hotspur v Everton West Bromwich Albion v Arsenal
Arsenal
v Norwich City
Aston Villa v Fulham Chelsea v Tottenham Hotspur Everton v Queens Park Rangers Manchester City v West Bromwich Albion Newcastle United v Sunderland Reading v Liverpool Southampton v West Ham United Stoke City v Manchester United Wigan Athletic v Swansea City |
Fulham
v Arsenal
Liverpool v Chelsea Manchester United v Aston Villa Norwich City v Reading Queens Park Rangers v Stoke City Sunderland v Everton Swansea City v Southampton Tottenham Hotspur v Manchester City West Bromwich Albion v Newcastle United West Ham United v Wigan Athletic
Arsenal
v Manchester United
Aston Villa v Sunderland Chelsea v Swansea City Everton v Fulham Manchester City v West Ham United Newcastle United v Liverpool Reading v Queens Park Rangers Southampton v West Bromwich Albion Stoke City v Norwich City Wigan Athletic v Tottenham Hotspur
Fulham
v Reading
Liverpool v Everton Manchester United v Chelsea Norwich City v Aston Villa Queens Park Rangers v Arsenal Sunderland v Stoke City Swansea City v Manchester City Tottenham Hotspur v Southampton West Bromwich Albion v Wigan Athletic West Ham United v Newcastle United |
||||
Arsenal
v Wigan Athletic
Aston Villa v Chelsea Everton v West Ham United Fulham v Liverpool Manchester United v Swansea City Norwich City v West Bromwich Albion Queens Park Rangers v Newcastle United Reading v Manchester City Stoke City v Tottenham Hotspur Sunderland v Southampton |
Chelsea
v Everton
Liverpool v Queens Park Rangers Manchester City v Norwich City Newcastle United v Arsenal Southampton v Stoke City Swansea City v Fulham Tottenham Hotspur v Sunderland West Bromwich Albion v Manchester United West Ham United v Reading Wigan Athletic v Aston Villa |
adonara-cyber.blogspot
Tidak ada komentar:
Posting Komentar